AO3 News

Post Header

Published:
2022-06-05 17:42:58 UTC
Original:
Comment blocking is coming
Tags:

Kami gembira untuk mengumumkan bahawa, dalam beberapa hari akan datang, kami akan melancarkan bahagian pertama ciri sekatan dan senyapan kami: keupayaan untuk menyekat pengguna log masuk tertentu daripada memberi komen pada karya anda dan membalas komen anda.

Menyekat dan Senyapan: Perkara Baharu

Kami akan melaksanakan dua set ciri untuk membantu pengguna mengatur pengalaman mereka sendiri dan menambahkan tambahan perlindungan terhadap gangguan, tanpa menyukarkan orang ramai untuk mencipta dan berinteraksi dengan kandungan di Archive of Our Own – AO3 (Arkib Milik Kita):

  • Menyekat, yang akan menghalang pengguna tertentu daripada berinteraksi dengan anda.
  • Senyapan, yang akan mengecualikan kandungan daripada pengguna tertentu daripada pengalaman AO3 peribadi anda.

Disebaban bagi melaksanakan konsep ini pada semua ciri AO3 yang banyak dan sering saling berkait sekali gus akan menjadi satu usaha besar-besaran, kami mengambil pendekatan beransur-ansur yang akan membolehkan anda menyekat dan senyapkan pengguna di sesetengah tempat sementara kami terus mengusahakan yang lain.

Sekatan Bahagian 1: Komen

Halaman Pengguna Disekat menerangkan apa yang dilakukan dengan sekatan dan membolehkan anda menyekat pengguna tambahan menerusi borang pendek. Ia juga menyenaraikan pengguna yang telah anda sekat dan menyediakan pilihan untuk tidak menyekat mereka.

Dengan pelancaran pertama ini, kami memberi tumpuan kepada menyekat komen daripada pengguna log masuk. Apabila anda menyekat pengguna, mereka tidak lagi dapat memberi komen pada karya anda atau membalas komen yang telah anda tinggalkan pada siaran berita atau karya pencipta lain. Mereka juga tidak akan dapat mengedit ulasan atau komen sedia ada yang mereka tinggalkan kepada anda.

Sekatan akan berterusan walaupun pengguna yang disekat menukar nama mereka.

Anda boleh menyekat pengguna dengan menekan butang "Block" (Sekat) pada profil, papan pemuka atau komen mereka. Pengguna yang anda telah sekat sebelum ini boleh tidak disekat dari tempat ini juga.

Anda juga boleh menyekat pengguna dengan memasukkan nama mereka pada halaman Pengguna Disekat baharu, boleh diakses dengan mengikuti pautan "Blocked Users" (Pengguna Disekat) pada halaman pilihan anda.

Halaman Pengguna Disekat menyenaraikan semua pengguna yang telah anda sekat. Pengguna lain tidak akan dapat melihat siapa yang telah anda sekat -- satu-satunya orang yang mempunyai akses kepada senarai pengguna anda yang disekat ialah anda dan pentadbir halaman dengan tahap akses tertentu.

Jika anda mengesyaki seseorang yang anda sekat masih memberi komen pada karya anda atau membalas komen anda di tempat lain di AO3, hubungi pasukan Polisi & Penyalahgunaan.

Sila ambil perhatian bahawa jika anda menyekat pengguna yang anda cipta karya bersama, pencipta bersama anda yang disekat masih boleh memberi komen pada karya yang anda cipta bersama. Walau bagaimanapun, mereka tidak akan dapat membalas komen anda secara langsung pada karya tersebut.

Senyapan: Kemas Kini

Kami sedang mengusahakan halaman muka yang serupa untuk senyapkan pengguna log masuk, tetapi sementara itu, anda boleh menyenyapkan pengguna, karya, siri atau karya luaran dengan mencipta skin halaman dan menggunakan CSS berikut:

  • .user-000 { display: none !important; } untuk menyembunyikan semua karya, siri dan penanda halaman pengguna daripada penyenaraian karya dan penanda halaman serta hasil carian, serta sebarang komen log masuk yang ditinggalkan pengguna pada karya atau siaran berita. Gantikan 000 dengan ID pengguna yang karyanya ingin anda sembunyikan. ID pengguna ialah satu siri nombor yang boleh didapati pada profil pengguna dalam bahagian "ID pengguna saya ialah". ID pengguna tidak berubah jika pengguna menukar nama mereka.
  • .work-000 { display: none !important; } untuk menyembunyikan karya tertentu daripada senarai karya dan penanda halaman serta hasil carian. Gantikan000dengan ID karya yang anda ingin sembunyikan. ID karya ialah satu siri nombor yang boleh ditemui dalam URL karya. ID akan tertera selepasnya/works/, cth. https://ao3-cn.top/works/000/chapters/123.
  • .series-000 { display: none !important; } untuk menyembunyikan siri tertentu daripada penyenaraian penanda halaman dan hasil carian, serta halaman siri pengguna. Gantikan000 dengan ID siri yang anda ingin sembunyikan. ID siri ialah siri nombor yang boleh didapati dalam URL siri. ID akan tertera selepasnya /series/, cth. https://ao3-cn.top/series/000.
  • .external-work-000 { display: none !important; } untuk menyembunyikan karya luaran tertentu daripada penyenaraian penanda halaman dan hasil carian. Gantikan 000 dengan ID karya luaran yang anda ingin sembunyikan. (Ambil maklum bahawa mungkin terdapat berbilang salinan karya luaran yang diberikan, setiap satu dengan ID yang berbeza.) ID karya luaran ialah satu siri nombor yang boleh ditemui dalam URL karya luaran.ID akan tertera selepasnya/external_work/, cth. https://ao3-cn.top/external_work/000.

Untuk menyembunyikan berbilang item, anda boleh memisahkan pemilih dengan koma: .work-000, .work-149319, .user-000 { display: none !important; }

Pilihan Lain

Selain ciri menyekat dan senyapan yang akan datang, terdapat pelbagai cara sedia ada untuk mengawal pengalaman AO3 anda.

Soalan Lazim Pelayar Tidak Rasmi kami menyenaraikan beberapa skrip pihak ketiga yang membolehkan anda menapis kandungan yang tidak diingini, dan berikut ialah beberapa pilihan dibina dalam untuk mengurus pelbagai ciri:

Kami sentiasa mengusahakan lebih banyak pilihan seperti ini, jadi pastikan anda menyemak semula dengan kerap -- kami mengumumkan kebanyakan perubahan besar di sini di Berita AO3 sejurus sebelum ia dikeluarkan. Anda juga boleh mengikuti @AO3_Status di Twitter atau ao3org di Tumblr untuk tahu berita terkini.